Wednesday, 10 February 2016

1st Appointment dengan Dr Hamid Arshat

Hari ni syukur alhamdulillah dapat bertemu dengan Dr Hamid Arshat buat pertama kalinya.

Gerak dari Nilai pukul 8 pagi, takut jem nye pasal gerak lah awal...lupa pula budak sekolah cuti lagi lah..jalan sangat clear. Hehe..sampai2 sana dalam 9.15..tu pun bawa relax2 jer sebab tau Dr Hamid Arshat ade buat operation pagi tu. So sampai2 letak ic laki bini kat kaunter untuk daftar kali pertama. Pembantu klinik bagitau Dr Hamid belum start operation lagi maybe dalam pukul 10, 11 baru dapat jumpa. Hehe..Kitorang tak kisah sangat sebab perut lapar kitorang pun turun b'fast kat mamak bawah.

Lepas b'fast terus naik, selepas daftar dan dinterview oleh pembantu klinik tentang sejarah rawatan laki bini sebelum ni so duduk lah menunggu sementara nama dipanggil. Ada lah dalam 15-20 minit nama aku dipanggil, dalam hati dup dap dup dap nak jumpa Dr Hamid Arshat. Sebelum jumpa Dr Hamid aku kena buat Tvs dulu oleh nurse perempuan dan dipantau oleh Dr Hamid Arshat di screen bilik dia. Aku dengar je suara dia kat bilik sebelah sambil cakap dalam hati macam ada yang tak kena je..huhu

Lepas siap semua aku masuk bilik Dr Hamid Arshat..Dr cakap rahim aku ok, saiz ok, tak ada senget or terbalik ke apa cuma dinding rahim aku tebal Dr cakap. Aku tergamam dengar sebab macam tak tau kenapa jadi macam tu. Dan terus Dr Hamid minta buat D&C untuk clearkan. Aku pun cerita aku lewat 9 hari period dan buat upt negatif, dia cakap dia akan bagi ubat untuk turunkan period sebab memang negatif dr pregnant. Aku dalam hati dedau sebab dengar D&C dan ubat turunkan period..sebab aku just lewat dan semalam pun ada tanda coklat2 keluar..so aku bukan tak period cuma period aku tersekat.

Tp ayat tu aku just cakap dalam hati je.hehehe..lepas buat payment semua dalam hati nak kena tanya kawan-kawan yang buat rawatan dengan Dr Hamid Arshat pasal ubat turun darah (norculut). Sampai je rumah terus whatsapp kat group tanya patut tak makan ubat tu. Dorang kata tak payah sebab dah period then dorang cakap memang dinding rahim tebal sebab darah period tu tak turun lagi....hehehe.omg..moga kes aku ni tak serius..seram plak dengar. So aku pun buat keputusan tak makan ubat tu.huhu

Tapi pasal D&C tu aku rasa kalau Dr tetap suruh buat juga aku redha, sebab Dr kata pernah gugur better buat. Mintak2 lepas D&C aku akan lekat dan bersalin juga tahun ni.amin.


Xoxo,

Riehanvogue




Tuesday, 9 February 2016

Dr Hamid Arshat

Esok adalah 1st appointment aku untuk berjumpa Dr Hamid Arshat setelah 6 bulan buat appointment. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan suami esok.

Setelah 3 tahun 2 bulan berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat, telah berjumpa pakar dan pakar kata tiada masalah antara kami jadi kami tekad untuk berjumpa Dr Hamid Arshat.

Hati ini meronta-ronta inginkan zuriat sendiri, bila tengok ramai kawan2 yang berlumba-lumba menambah anak, hati kecil ini berkata-kata bila zuriat aku akan tiba. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu yang terlalu meminta-minta...

Masuk hari ini aku telah lewat 9 hari period, tapi tanda-tanda aku ingin period telah dapat aku rasakan..tapi aku pelik kenapa aku boleh delay selama ni, tapi bila buat test negatif..fikiran ku melayang, mengharapkan keajaibanmu Ya Allah.

Adakah sebab aku diet atkins period aku jadi tak menentu? Sebab dah 2 cycle period aku jadi 10 hari sejak aku diet. Masuk bulan ke 3 aku delay 9 hari..Hormon aku lari ke?

Apa2 pun esok adalah penentuan, jika ada rezeki insyallah esok Allah tunjukkan dan begitu juga sebaliknya. Dan aku berharap nasib menyebelahiku..amin


Xoxo,

Riehanvogue