Sunday 15 March 2020

Part 1 - Beli Rumah Selangorku (Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan guna loan LPPSA)

Aku rasa aku memang patut buat entri ni sebab puas dah google, tanya orang semua, join group LPPSA di FB baru lah senang nak mohon loan LPPSA. Serius cakap garis panduan yang LPPSA wujudkan memang tak membantu sangat untuk korang yang baru 1st time nak buat Pemohonan online loan LPPSA . So siapa2 yang terbaca nanti dapatlah info serba sedikit ye tak? hehhe

Ok, Long story short aku ada booking 1 Rumah Selangorku di Salak. Tapi rumah ni dipanggil sebagai Pansapuri Indah Rumah Selangorku. Dan lagi buat aku pening lawyer aku ni susah sangat nak bagi quotation dan Carian rasmi tu..haru sebab aku contact dengan pemaju bukan direct dengan Lawyer.

Ok ni aku tunjuk list apa yang korang WAJIB bawa ke LPPSA. Untuk pengetahuan korang selepas korang hantar Permohonan online, akan keluar 1 list dokumen2 untuk korang hantar hardcopy kepada LPPSA (make sure ada lah semua dokumen tu bila nak hantar ke LPPSA) maksudnya di sini, selepas hantar permohonan online kena hantar juga hardcopy ke LPPSA untuk proses dorang, then baru tahu loan korang lulus ke tak.

Ni aku sertakan list yang wajib ada semasa hantar dokumen2 ke LPPSA, dan tak lupa juga Pemohonan online tu pun kena bawa sekali ye. Jangan lupa.


ok ni list yang akan keluar selepas kita submit permohonan online..ikut mana yang sesuai dengan keadaan korang, macam aku beli rumah dalam pembinaan dan ni list dia, kalau ada yang tak berkaitan dengan korang, korang abaikan je.


No 6, No 7, No 8 dan No 11 korang boleh minta dari Lawyer korang. macam aku memang pilih Lawyer yang Pemaju sediakan. 

So bila semua dah lengkap dan semua dokumen dah hantar ke LPPSA, korang juz tunggu loan lulus je. Proses dorang dalam 21 hari bekerja, so tunggu lah ye, dorang akan bagitau melalui emel..

Cerita sedihnya, Lepas hantar hardcopy ke LPPSA, dalam beberapa hari lepas tu dapat emel dari LPPSA kata permohonan aku kena kuiri sebab quotation legal fees tak ikut format LPPSA...fuh haru..haha,,serius nak beli rumah ni kena mental kuat sebab pening nak fikir, lagi2 bile beli rumah Kerajaan Negeri sebabnya Kerajaan Negeri pun ada dokumen2 yang dorang nak dari kita ..hehe.

So, settle dah yang kena kuiri..sebab kena kuiri adalah sebab lawyer ada buat tambahan dalam format quotation tu, so korang make sure suruh lawyer korang ikut sebiji2 format yang LPPSA sertakan tu ok..

10/3/2020 aku ada dapat emel dari LPPSA mengatakan loan dah lulus, hehhe..so nanti aku sambung part 2 ok.



xoxo,
Riehanvogue



















No comments:

Post a Comment