Saturday 19 March 2016

D&C dan Hydrotubation dengan Dr Hamid Arshat

Semalam bersamaan 18/3/16 pada hari ke 9 dari tarikh period aku telah buat d&c dan hyrotubation dengan Dr Hamid Arshat. Perasaan? Fuhh..nervous abes ok.

Aku sampai klinik dalam 820 pagi gitu, staf klinik minta ada di klinik dalam 830 pagi. Aku ingatkan ramai orang tapi nasib menyebelahi aku tak ada orang lagi letak kad kat kaunter.heehe

Selepas sign surat, husband aku pun sign surat, timbang berat bagai aku pun tunggu sementara nama dipanggil untuk buat rawatan. Dalam hati ni jantung laju gila ni..hehe..

Lepas nama kena panggil staf minta aku pergi ke bilik sebelah, kat situ ada katil semua. So sesiapa yang buat operation memang kat situ lah tempatnya. Staf klinik mintak tukar baju hospital dan aku dibantu oleh husband. Memang nervous abes time tu dah rasa macam nak bersalin pula bila pakai baju gitu.

Lepas dah settle semua, aku diminta masuk ke bilik operation..memang lagi nervous ok..masuk2 je aku terus tak nak pandang besi yang tersusun atas tray sebab aku tahu besi tu lah yang akan digunakan doc hamid.hehe..

Aku diminta baring atas katil operation lepas tu aku dicucuk area pergelangan tangan, sakit juga lah sebab 1st time kne cucuk kat situ. Aku tengok doc perempuan tu tepuk2 tangan aku cari urat..sangat nervous ok, dan aku memang tak akan pandang lah masa kena cucuk tu. Tahu2 rasa sakit je. Lepas tu dia ada masuk ubat melalui situ, dia cakap ubat ni sejuk tapi maybe badan aku kebal memang tak rasa apa2.hehe

Tangan kena cucuk

Lepas tu aku terkebil2 pandang cermin atas tu sebab doc perempuan tu cakap tunggu kejap ye prof tak sampai lagi. Perasaan masa tu tak tahu nak cakap macam mana. Seram ok.

Aku ingatkan ubat yang masuk tadi ubat bius, rupanya bukan. Lepas tu doc perempuan tu cakap ok ni kita masukkan ubat bius pula ye, aku pun angguk2 je lah. Then ada lagi sorang staf suruh aku sedut oksigen. Dalam 2x aku sedut aku rasa terus aku pengsan sedangkan masa tu mata aku memang celik ok, yelah dah takut kan memang lah celik kan.

Lepas tu maybe dalam 15minit aku rasa, aku dengar orang panggil nama aku puan Norihan, puan Norihan. Aku terus sedar tengok2 eh dah siap cakap dalam hati. Hehe. Yelah bayang doc Hamid pun aku tak nampak tahu2 dah siap je. Lepas dorang pindahkan aku ke katil, time tu rasa sakit perut macam senggugut. Sakit juga rasanya. Tapi aku tahan je. Tetiba rasa sebak, sedih dan mengalir air mata dengan pengorbanan diri sendiri yang inginkan zuriat sendiri :(

Lepas tu husband naik tengok aku cot cet sekejap then dia turun balik bagi aku rehat.doc pun suruh aku rehat. Tapi rehat baring je tak boleh nak tidur sebab senggugut dan kipas yang betul2 menghala ke muka.hehe. lepas staf alihkan kipas tu baru lega sikit. Berapa minit lepas tu baru perut rasa ok dan selesa maybe kesan lepas buat d&c kan. Selepas selesai semua ada staf bagi minum milo panas, aih rasa sedap sangat milo tu yelah dan berpuasa dari tengah malam kan. Lepas tu siap2 salin baju gi balik bilik sebelah. Lepas tu tunggu balik untuk jumpe doc Hamid.

Doc hamid cakap semua ok.Alhamdulillah Ya Allah. Semoga lepas ni lekat untuk dapat zuriat.amin. Untuk pengetahuan semua D&C ni bukan untuk yang keguguran tau, aku buat pun bukan sebab keguguran. Just untuk clearkan dinding rahim yang ada sisa-sisa period yang tak luruh masa period. Lagipun aku masa gugur tahun lepas pun memang tak buat D&C, so memang bagus buat sekali besarkan saluran pintu rahim. Kalau nak tahu lebih details pasal D&C boleh baca Sini jelas dari blog doc Hamid.

Ok nah aku tunjuk gambar buat D&C macam mana. Hehe. Korang bayangkan je lah macam mana ye. 

Alhamdulillah semua dah settle, doakan aku semoga dapat zuriat secepat mungkin. Amin




Xoxo, 

Riehanvogue





3 comments:

  1. Assalam..1st time bace blog kat cni..br tau psl d&c..blh share brp kos tuk utk perform d&c ?

    ReplyDelete
  2. Wassalam..maaf ye .bru trbace ni..mse sy buat dkt klinik dr hamid kos dlm 1700..skrg xtau lah hrge brape

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete