Tuesday, 17 November 2015

KRONOLOGI PERJALANAN TTC

Semalam merupakan hari terindah saya(16/11/15), semalam genap 3 tahun saya kahwin..dan semalam juga saya buat HSG..alhamdulillah saya tidak block kiri dan kanan tiub fallopio, senak je rasa tak sakit langsung,memang seram juga bila fikirkan tapi nak anak punya pasal sanggup buat apa saja.

16/10/15 saya ada buat tvs (scan dari bawah).saya buat masa cd 12 ( hari ke 12 dari hari period)..alhamdulillah besar juga telur..doc kata telur besar, dan tiada cyst or fibroid..dan tidak pcos.

27/10/15 husband buat sperm test.alhamdulillah sperm normal..tiada masalah..

Di sini saya just nak cakap perancangan Allah itu hebat, kalau dia kata belum masanya, maknanya belum masanya lagi. Saya pernah pregnant tapi gugur masa 6w..saya pregnant pun selepas genap 2 tahun kawen..lepas tu saya fikir saya bleh pregnant balik sebab orang cakap kalau pernah lekat mesti cepat lekat balik tapi hampa saya tak pregnant juga even dah setahun gugur .

Itu yang saya decide nak pergi pakar..saya pergi klinik pakar wanita sukhilmi di senawang..dalam masa sebulan je trus saya dapat result yang Allah belum nak bagi saya rezeki..doc sendiri bagitau semua dah buat tiada masalah maknanya Allah belum nak bagi lagi..doc suggestkan saya usaha bulan ni, kalau tak pregnant juga next month dia suruh datang ambil ubat subur untuk banyakkn telur lagi dan akan monitor saya sahaja.dan kalau next month tak pregnant juga die suggest iui..saya ready je ape yang doc ckp..nak anak kita kena berkorban segala2nya..

Perancangan Allah paling hebat. insyaallah..semoga ada sinar kebahagian buat saya untuk dapat zuriat.amin


                                         
                                   Xoxo,
                              riehanvogue

Sunday, 1 November 2015

Big Spoon di Berjaya Times Square

Semalam berdating ke  Berjaya Times Square, dah plan dah sebenarnya nak pergi sana sebab nak makan kat Big Spoon. So kitorang terus book wayang kat sana terus layan movie Paranormal Activity, seram dan terkejut-kejut ok..cuma ending dia tak berapa best lah sebab semua mati.kiki..

Ok sambung cerita pasal Big Spoon, kedai dia kecil jer ..hehe..ada lah dalam 7 table so kalau nasib korang tak baik kena lah tunggu, masa kitorang datang tu dah rezeki kitorang ada 1 table yang kosong, sampai-sampai terus kitorang duduk lah kan.hehe.



Menu

Dumpling with special sauce memang sedap giler ok!



jemah tengah lorat nak ambil gambar.haha











harga yang sangat ok. Nora bagi 5 bintang.hehe



xoxo,

riehanvogue







Saturday, 17 October 2015

1st Appointment Dengan Doc Sukhilmi di Senawang

Lepas setahun aku gugur dan tak lekat balik aku tekad nak check kat hospital apa masalah yang aku hadapi.

Asalnya aku memang dah buat appointment dengan doc hamid arshat tapi turn aku bulan 2 tahun depan, so aku decide nak gi jumpe doc lain sebelum tarikh tu sampai, mudah-mudahan Allah permudahkan aku untuk merasa nikmat mengandung dan mempunyai zuriat sendiri secepat mungkin. Amin 

Aku pergi masa hari ke 12 dari mula period, nak check telur. Hehhe..sangat scary bila dengar nak buat tvs iaitu scan melalui bawah. 

Serius Doc Sukhilmi sangat baik oranganya, lembut dan sangat-sangat menyenangkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku untuk buat tvs, tak sakit langsung.


Gambaran buat tvs


Scan melalui bawah ni lagi clear dari scan kat perut sbb scan ni kita boleh tahu apa yang xnormal pada rahim kita. Alhamdulillah doc kata aku subur, tak ada masalah, lega bila doc kata macam tu. 


Telur di ovari sebelah kiri (warna hitam adalah telur)

Alhamdulillah hasil dari tvs doc kata aku subur dan ada telur yang besar. So doc kata aku tak ada problem. Ovari belah kanan telur dia tak sebesar belah kiri, yes..masa aku pregnant dulu memang telur dari ovari kiri, so maybe telur belah kiri lebih aktif :)

So disebabkan aku tak ada problem doc minta husband untuk buat sperm test, doc kata kalau ok doc suggestkan kitorang buat IUI untuk cepatkan lagi urusan kitorang, kitorang laki bini ok je ;)

Doc pun ada kata lepas buat sperm test dan didapati ok doc akan buat Hsg untuk aku, Hsg ni untuk tengok tiub aku ada tersumbat ke tak, aku ok je sebab aku memang nak anak.

Aku memang suggestkan sesiapa nak buat checkup kat doc Sukhilmi, sebab dia sangat memahami, dia siap doakan aku supaya cepat pregnant so lepas ni tak yah dah buat apa-apa rawatan. Terharu sangat bila dia cakap macam tu, dan aku apa lagi, terus aminkan.hehe..Rawatan kat sini pun sangat berbaloo sebab caj yang dikenakan sangat-sangat murah. 

Alhamdulillah, semoga aku dikurniakan zuriat secepat mungkin.amin


Xoxo,
Riehanvogue




Tuesday, 6 October 2015

Resepi Daging Kambing Panggang

Kitorang laki bini memang minat sangat  makan western food ni, Tapi, bukan lah bermaksud tak suka makan masakan kampung..Hey!! makanan kampung pun favourite kitorang tau, nak-nak bila ada ulam-ulaman kan boleh bertambah 2,3 kali ok.


Selalu makan lamb chop kat luar mesti tak bape puas kan. So mari sini kita nak ajar cara perap daging kambing yang paling simple. Yang pasti sedap ok.hehe.


Bahan-bahan :

6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu
sedikit serbuk blackpepper
sedikit olive oil
garam secukup rasa

Cara-caranya :

-Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk blackpepper, olive oil dan garam. Gaul rata kesemua bahan.

-Sapukan bahan perapan pada daging kambing

-Perap daging selama 2 jam @ semalaman

-Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah celsius selama 20-30 minit @ sehingga masak

-Jika menggunakan pemanggan ajaib @ seangkatannya, masa diambil hanya 10-15 minit.


Yang penting bila masak sendiri, puas makan dan sehingga menjilat jari.hehehe



Selepas dibiarkan semalaman





Semasa dipanggang




Semasa dipanggang, hampir masak





Siap dihidang :)





xoxo,
riehanvogue





Monday, 28 September 2015

Mee Tarik Mercato Enstek

Semalam malam kitorang laki bini dinner kat mee tarik mercato enstek..ramai yang cakap sini makanan ok, so kitorang pun try lah.

Ternyata memang sedap dan terbaik, pasti akan repeat lagi. Insyaallah :)

Semalam saya makan mee tarik sup ayam, husband pula makan mix grill, mee tarik dia sedap,kenyal mmg puas hati, yelah orang tarik mee kat situ gak kan, so fresh lah kan.hehe. Husband makan mix grill, so far sos die sedap, cuma kena buat peningkatan sedikit bahagian western sebab lambat sedikit kalau yang siapa order western ni. Nasib baik sedap even tunggu lama, so tidak mengecewakan lah.

Jom layan pic makanan..heheh

Rm8 - sangat berbaloi

Rm20 - sangat berbaloi (cuma coslow kena lebihkan mayonis sedikit) tapi apa pun mix grill ni sedap, dimasak dengan baik sekali.



Xoxo,

riehanvogue

Friday, 25 September 2015

Nasi Impit Goreng

Disebabkan nasi impit sempena raya haji ada lebih semalam terus terfikir nak buat nasi impit goreng. Dari membazir daripada masuk tong sampah baik masuk mulut kita kan?

Nasi impit goreng ni orang cakap popular kat Johor. Senang jer nak buat nasi impit goreng ni, sama jer macam nak buat nasi goreng tu hah.

Macam saya, saya blend cili padi, letak cili boh sedikit, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, udang kering. Lepas tu letak lah isi ayam, telur, daging ke, letak je apa-apa yang ada dalam fridge tu. Yang penting ikut selera masing-masing :)


Ni masa dalam kuali lagi. Nampak berselera tak? Hehe.


Hah ni dah siap, banyak kan? Sebab 2 buku besar nasi impit tu, sebab tu banyak.

Disebabkan kitorang duduk berdua, memang tak habis lah makanan ni so saya bagi orang depan rumah, banyak juga saya bagi, tinggalkan sedikit jer untuk kitorang..hehe.


Xoxo,

Riehanvogue

Wednesday, 23 September 2015

Rendang Ayam di Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua yang beragama islam. Alhamdulillah masih bernafas kita hari ini kan. Syukur .

Tahun ni tak balik kampung sebab husband kerja. Yelah dah kerja shift balik payah lah nak cuti kan.

Disebabkan husband kerja hari ni dan kita pula tak kerja so dari malam tadi terfikir nak minta dia bawa bekal nasi impit dan rendang ayam. Yelah bukan senang wife dia nak masak pagi-pagi, yelah kerja kan, kalau surirumah insyallah hari-hari boleh bawa bekal..ye tak? Hehe.


Ini jer rendang ayam yang tinggal, yang lain dah bekalkan husband..hehe..alhamdulillah husband cakap sedap siap cakap macam tak cukup je, padahal dah suruh bawak lebih-lebih tapi dia tak nak.. Hah kan dah menyesal, kita pula serba salah.

Senang jer nak nak masak rendang ni, sesiapa yang tak pernah masak pun boleh je buat kalau nak masak sendiri.


Bahan-bahan :

1)Ayam (terpulang nak berapa banyak)
2)serai
3)halia
4)lengkuas
5)bawang putih
6)bawang merah
7)kunyit hidup
8)santan
9)kerisik
11)cili boh
12)cili padi (optional)
10)daun limau purut (optional)
11)daun kunyit (optional)
12) garam dan gula secukup rasa



Mula-mula blend semua bahan no 2 hingga no 12, macam saya suka campur dua-dua cili, tapi depends kalau nak pakai cili boh semata pun boleh, pakai cili padi semata pun boleh. Yang penting sedap dan ikut selera masing-masing.

Lepas tu, tumis semua bahan yang diblend tadi sehingga garing, then masuk ayam, letak air sedikit bagi ayam tu empok.

Bila ayam dah empok, masukkan santan, kacau-kacau sedikit, letak daun limau purut dan daun kunyit yang diracik halus, agak-agak dah sebati masukkan garam dan gula secukup rasa.

Last sekali masukkan kerisik dalam 1-2 sudu..kacau-kacau sedikit lepas tu dah boleh hidang. Siap. Senang kan?




                                                      xoxo,
                                                 Riehanvogue

Tuesday, 22 September 2015

Percutian ke Pulau Redang

Alhamdulillah, selamat semuanya, selamat pergi dan balik ke Pulau Redang. Sementara tinggal berdua ni kami honeymoon puas-puas. Hehe .

Kitorang pergi redang 3h2m sahaja pada 18hb,19hb,20hb bulan 9, hehhe..cukup lah tu kan. Sebenarnya nak sangat duduk kat redang lagoon tapi sebab kitorang booking last minute terpaksa ambil resort lain, last2 kitorang duduk kat Redang Holiday Beach Villa, kitorang ambil pakej under www.pakejpulaumalaysia.com so far ok, makanan pun not bad, bilik pun ok cuma bilik tak ada tv. Haru juga tak ada tv kat bilik.kiki .

Tapi ok lah, villa ni menarik, disebabkan villa ni terletak di hujung sekali so agak sunyi sedikit, tak bising macam resort lain siap ada karaoke lah, beach party lah..so sangat ok kalo yang pergi honeymoon, pergi untuk hilang stress kan.

Kitorang gerak hari khamis malam dan naik kereta sendiri dari nilai, best lah naik kereta sendiri sebab ikut jadual kita sendiri, kalau nak buang air pun senang, stop je mana-mana hentian . Sampai Jeti Shahbandar dalam pukul 4 pagi . Sampai-sampai membuta kat jeti dalam kereta. Hehe

Naik feri pagi dalam 9.30, ambil masa 1 jam setengah sampai ke redang. Lama gak kan tapi nasib tak mabok, balik je mabok sedikit sebab feri terhuyung hayang, ada cina tu keluar masuk keluar masuk dah bawak plastik nak termuntah. Nasib kitorang tak muntah, kalau tak habis lah orang dalam feri.kiki .

Jom lah cuti mata tengok gambar kat sana.hehe

Masa sampai pulau redang, dari jeti memang naik feri lepas tu bila dah nak sampai tu kena tukar bot ni sebab feri tak boleh lalu kat air cetek kan, so berpusu-pusu ler nak naik bot. Berebut-rebut tau tak..hehe








Aiyo gambar ni ade tangan sikit pula.hehhe

Bilik no 8 jadi kenangan.


So far bilik ok, tapi 1 je tak ada tv,tak tau lah bilik yg besar ada tv ke tak.hehhe

Kat sini ada juga swimming pool, lupa pula nak snap, kira dekat jer dengan bilik korang swimming pool tu, seronok gak tengok budak-budak mandi-manda kat situ.

Senang ada jadual macam ni besar-besar, kalau lupa je tengok timing dia terus, lagi senang tangkap gambar terus, pastu refer je kat hp masing-masing.

Lepas tu suka kat sini sebab banyak tupai tanah yang jinak, lepas tu bila bagi makan kat tupai tu comel je dia makan tau.





Ni bbq masa dinner pada hari ke 2, not bad. Pic makanan yang lain-lain tak ambil pun sebab biasa-biase je.hehe..yang penting bbq jer.kiki

Ini je yang dapat tunjuk, kiki..yang lain banyak pic kitorang so malu lak nak tunjuk..hehe.. .

Semoga bermanfaat :)

                     


                                                                            Xoxo,
                                                                      Riehanvogue

Sunday, 29 March 2015

Mee Udang D'laila di MMA Santai Corner Nilai

Semua orang tahu rasanya yang mee udang kat sini memang famous. Orang yang duduk negeri sembilan memang tahu punya lah kan..


Ok aku nak cerita sedikit lah tentang mee udang yang famous lagi gah ni..Aku memang sangat2 kecewa dengan mee udang kat sini..Hari sabtu hari tu bersamaan 28/3/15 aku ngan laki aku pergi nak makan mee udang. Sebab tekak aku memang nak sangat makan..Aku tengok ramai yang beratur beli. Aku pun apa lg dah tak kisah lah ramai ke tak janji aku dapat makan..

Hampir sejam setengah aku dengan laki aku tunggu..tengok mee udang tak kunjung tiba. Aku pun dah mula panas hati juga. Pastu laki aku ni dah menyirap bila dia tengok yang baru datang pun dah dapat Mee udang dorang. Aku apa lagi terus bangun gi kaunter tanya..'mee udang meja 13 tak dapat lagi ni dah sejam stgh tunggu ni .dah buat ke belum eh ke baru nak wat? Pastu ada 2 orang pekerja sorang pakai baju hitam, sorang pakai baju merah, pandang aku blur2 tengok list..dorang cakap meja 13 tak ada order..dalam hati aku aik..tak kan tak ada order dah berzaman aku tunggu. Pastu tanya aku order dengan sapa..aku terus lah jerit kat laki aku kebetulan meja dekat dengan kaunter..laki aku terus jawab budak baju merah..aku apa lagi budak baju merah.budak baju merah pandang aku muka cuak then wat blur dia konon dia tak salah..puihh..aku nak je ambil ikan udang depan mata aku tu baling kat muka ko..geram!!!


Pastu cakap maaf pun tak ada..aku dengan muka xpuas hati terus blah dari situ..serius lah aku kecewa gila..pada bos kedai mee udang tu kalo nak cari pekerja jangan lah cari pekerja yang tak ada adab macam ni. Serius aku memang kecewa..sebab bukan aku nye order lambat tapi order tak masok list..tak ke macam bangang..sori lah...kalo kau terbaca blog ni aku harap sangat ko sentap...terima kasih..

                   
                                                                      Xoxo,
                                                                riehanvogue


Monday, 23 February 2015

Rumah Kediaman

Seperti yang sedia maklum sekarang ni ramai sangat yang berpusu-pusu beli rumah untuk hari tua. Aku rasa zaman sekarang ni memang dah kena beli rumah sendiri. Sebab apa? Rumah sekarang tak payah cakap lah memang mahal gila. Nak-nak rumah kat kawasan tempat aku ni. Putrajaya? Salak tinggi? Nilai? Fuhh...ada yang cecah 1juta pun ada..terberak rasa aku nak bayar..hahaha..


Aku rasa aku sangat beruntung sebab jadi anak jati Melaka. Rumah kat sini murah lagi berbanding negeri lain. rm200,000 still boleh dapat rumah semi-d. Agak2 senang nak jumpa lagi tak dengan harga gini untuk semi-d? Rumah teres still leh dapat rm150,000 ke bawah. Best kan? Hehe


So ni nak cerita sedikit berkenaan rumah yang husband aku beli kat melaka. Lagipun ktorang memang orang melaka so senang lah beli kat kampung halaman ;) Kitorang beli kat Taman Bukit Larang Indah area Telok Mas. Even rumah ke dalam sedikit its ok aku still suke sebab dekat-dekat dengan kawasan kampumg. Baru tenang dan nyaman kan.hehe





Ni kitorang sempat jengah masa balik cuti sempena CNY hari tu.hehhe. Rumah dah siap cuma belum dapat kunci lagi sebab ada beberapa rumah lagi yang tak siap sepenuhnya. So kitorang masih menunggu dan semoga dipermudahkan segala urusan.


Kitorang beli rumah pada tahun 2014 awal tahun dengan harga yang berpatutan lah kitorang rasa iaitu Rm208,800. Rumah semi-d kluster. Ok x korang rasa?


Ok lah,

Xoxo,

Riehanvogue




Sunday, 15 February 2015

Aiskrim magnum IOI Mall Putrajaya

Seperti yang semua tahu Putrajaya ada buka shopping mall baru yang besar lah juga..fuhh penat kalau jalan-jalan sini..yang perempuan elakkan lah pakai heel kalau korang tak nak merana sakit kaki..haha..aku yang pakai flat pun sakit gak kaki oit..


Semalam aku dengan husband melepak gi IOI Mall Putrajaya..Yelah duduk berdua kan so bila free memang melepak je lah.tak kisah lah mana-mana janji dapat keluar rumah dan pijak tanah..hehe..


IOI Mall dah selalu gak pergi dengan kawan-kawan ofis nak-nak hari jumaat sebab lama sikit rehat nye..hehe..so semalam baru lah berkesempatan beli aiskrim magnum kat sana..masa gi awal-awal dulu tak buka lagi cafe ni..then hari tu gi dah buka tapi bila tengok ramai sangat tak jadi lah nak beratur panjang-panjang.


So nak jadikan cerita tekak nak makan juga semalam sbb ada makan kat cafe lain sikit bentuknye..ada kacang-kacang..sedap gak lah kan..hehe


Sedap kan? Hehhe..tengok pun sedap kan..hehhee..

Ok itu je nak tunjuk kat korang.selamat menikmati semua ;)



                                                                    xoxo,

                                                               Riehanvogue






Wednesday, 4 February 2015

KEGUGURAN

hai semua, seperti yang sedia maklum keguguran merupakan mimpi ngeri buat semua wanita kan lagi-lagi yang nak kan baby dah lama..macam aku dah 2 tahun beberapa bulan dah kawen..dan aku pun baru keguguran pada 3/11/2014..sedih memang sedih tapi nak wat macam mana kan..aku fikir postif..Allah nak berikan yang terbaik buat aku..who knows right?


Pengalaman aku masa keguguran tu tak tahu nak cerita macam mana sebab terjadi begitu cepat. Aku lewat 2 minggu period dan 1st time dalam hidup aku bila buat upt double line..of coz excited gile..tapi perancangan Allah lebih baik so aku terima dengan redha :) Aku keguguran masa kandungan 6 minggu secara natural dan tak perlu D&C..takut juga kalau time tu kena kan..risau..tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja..hehhe.. so sekarang ni tengah dalam perancangan balik untuk dapatkan baby.. 


Semoga kita semua memperoleh zuriat yang soleh dan solehah..amin