Thursday 22 December 2016

FPP Di Hospital Putrajaya dengan Dr Hamidah. (1st Time Checkup)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, setelah 3 bulan aku buat D&C aku telah disahkan mengandung dan minggu ni genap lah 28 minggu ada nyawa di dalam rahim ini.


Masa usia kandungan 5 bulan aku dah survey-survey kat mana aku nak bersalin nanti. Yelah. Tempat kerja kat Putrajaya tapi tinggal di Nilai. Masa tu dalam fikiran ada 2 hospital je yang aku rasa sesuai untuk aku bersalin iaitu Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. So akhirnya aku buat keputusan untuk bersalin di Hospital Putrajaya tapi aku ambill FPP ( full paying patient) atau dikenali sebagai Pesakit Bayar Penuh. Korang boleh tengok kat sini untuk info korang semua.


Xsilap aku 5 bulan usia kandungan aku dh booking FPP under Dr Hamidah sebab dengar Dr Hamidah ni memang ramai yang booking dia sebab dia satu2nya Dr perempuan yg under FPP ni, yang lain semua lelaki.


Appointment aku hari selasa hari tu iaitu pada 20/12/2016 iaitu pd 28 minggu :) sebelum pergi banyak aku google2 sebab nak tau macam mane checkup kat sana kan. mudah ker, complicated ke. hura hura ker..hahhaa..tp bagi aku agak complicated gak lah dengan ramai2 orang tu.


Ok untuk kali pertama korang datang untuk checkup, korang jangan lupa bawa buku pink dan ic ok. sangat penting! Then korang gi kaunter no 3 iaitu kaunter bayaran ambil no siap2 dan tunggu turn korang. Lepas tu tunggu lah kaunter 4 or kaunter 5 panggil no korang. Then nanti dah sampai turn korang, korang bagitau lah korang FPP under Dr mana. Dan akan ada bayaran pendaftaran RM110 untuk yang ambil FPP ni ok. Dan korang akan kena isi satu borang berkenaan maklumat peribadi korang kat situ.

Lepas tu korang pergi lah timbang berat korang dan check BP kat area tengah2 tu. Macam aku memang tercengang2 juga sebab xpernah checkup kat sini kan tapi nasib baik husband ada temankan. Korang timbang sendiri then ingat sendiri berat korang tu tapi sebelum tu bagi lah buku pink tu kat nurse yang ada kat area timbang tu. Bila korang dah timbang korang tunggu lah dia panggil nama korang utk check BP pula. Nanti nurse tanya berapa berat puan tadi..hehe..pastu dia terus catit.

Dah settle semua gi kat Kaunter O&G jumpa nurse sana bagitau korang ni FPP nanti dia akan bagi kad kuning kecil sekali dengan no untuk jumpa Dr Hamidah. Lepas tu pula korang ambil tabung air kencing tu kat kaunter tadi gi toilet dan kencing dalam tu.hehe.Lepas dah siap2 kencing jangan lupe balut dengan tisu tabung tu sebab macam malu pula jap lagi bawa air kencing berwarna tu berjalan ke depan..hehe. Lepas tu masuk bilik area kaunter O&G tu celup lah air kencing tu sendiri dan tunjuk result tu kat nurse yang memerhati korang tu, lepas tu dipersilakan buang air kencng tu dan basuh tabung tu dan letak di dalam dulang..hehehe..aku 1st time buat rasa geli hati je.hehehe

Dah settle semua tu korang duduk lah tunggu turn jumpa Dr masing-masing..heheh..korang faham x? pening kan?..haha..nak buat macam mana dah sistem gitu kan.hehehe..korang kalau blur2 tu tanya je nurse kat situ janji jangan berat mulut :)


ok. juz nak minta semua doakan saya mudah bersalin ye.insyaallah.amin.ok lah..





                                                                   xoxo,

                                                               riehanvogue











2 comments:

  1. Salam.. Saya nak tanya kalo amik FPP ni kena bole pilih nak terus czer ke? Atau doc paksa beranak normal dulu.. Kalo xbole baru bole czer..

    ReplyDelete