Sunday 29 December 2019

Percutian ke Pulau Pangkor

26/12/19 - 28/12/19 tarikh kitorang gi Pulau Pangkor dan menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Selalu kalau gi bercuti ke mana2 ke aku lah yang buat kertas kerja dan decide aktiviti ape nak buat, nak stay kat mana semua sebab aku tak percaya laki aku untuk buat semua tu takut tak kena dengan jiwa aku .hahaha.

Kitorang gerak pukul 745 pagi lebih kurang dari Nilai dan exit Bidor..rasa jauh juga perjalanan nak ke sana sebab lalu Teluk Intan bagai kan..
Untuk ke Pulau Pangkor aku memang pilih Jeti Marina dari Jeti Lumut sebab lagi dekat ke Pulau Pangkor..sebab 10 minit je dah sampai..kalau dari Jeti Lumut lebih setengah jam, so aku memang malas lah nak lama2 atas feri lagi2 dengan anak aku 😂..buat dia meragam kang jenuh 😂 .

Kitorang sampai Pulau Pangkor dalam pukul 120 pm lebih kurang sebab kitorang singgah makan dulu sebelum sampai kat Jeti Marina tu.
Ni kedai dia, berbaloi sangat makan..murah gila..so korang kalau lapar sebelum ke Jeti tu singgah lah sini dulu kenyangkan perut. Kedai dekat jer dengan Jeti.



Sampai Pulau Pangkor korang jangan risau nak ke tempat korang menginap sebab banyak van pink (van teksi) yang ada kat situ. Korang tanya je dorang, confirm boleh je hantar..kitorang kena rm10 je untuk ke Puteri Bayu Beach Resort..Nasib baik sampai Resort trus boleh check in even check in sepatutnye pukul 3. Tapi surprise sangat sebab bilik standard room yang aku pilih tu kecik bebenau 🤣. 1st time tidur bilik kecik macam ni.. tapi ok2 je lah..cume aircond macam bising sedikit kat bilik kitorang.

Ni lah van pink nye 😂

Kitorang sampai2 Resort masing2 dah penat.rehat2 dulu then petang kitorang teruskan misi untuk jalan2 kawasan Pulau pangkor.
Kitorang merempet je bertiga. Kat sini majoriti merempet dan majoriti tak pakai helmet 😂. Korang kalau ramai datang dengan family kena lah sewa kereta. Kalau tak ramai naik motor je senang 😁. Sewa motor ni kitorang tanya kat lobi tu je..dorang bagi no then call je lah..nanti adalah org hantar kat Resort 😁.




Kota Belanda

Masjid 1000 Selawat

Beli ole2


Boleh beli ole2 kat sini


Batu Bersurat ( ada sejarah tersendiri)

Percaya tak hari pertama je kitorang dah habis jalan dah tempat bersejarah kat sini..hehe..jangan risau..sini tempat die kecik je.

Hari kedua kitorang fokus pada mandi2 je kat pantai, kolam, naik bot ke ape ke.hehe..rezeki kitorang dapat naik 1 family rm50 je bertiga..tumpang2 bot. Kitorang tak mandi pun just nak jalan2 je. Kalau korang ke sini pandai2 lah cari ye sebab dorang memang main harga sikit..tapi sesekali nak naik bot apa salahnye kan.


  



Ok lah kan seronok2 dapat tengok ikan cuma air kat sini tak lah sejernih Tioman ke Redang ke..just enjoy je the trip 😘.

Lepas2 tu anak enjoy pula kat kolam Resort..so kat sini memang sesuai lah untuk nak spend time dengan family. Tengok anak seronok pun dah best ❤




So bagi aku ok lah dapat bercuti ke tempat orang.seronok2 je kan. Bagi aku, aku lagi suka duduk di Pasir Bogak dari Teluk Nipah sebab kitorang sempat jgk merempet ke sana memang lah kawasan sana kawasan melayu tapi bagi aku agak crowded. Kat Pasir Bogak ni campur pelbagai bangsa lah. So pilihan atas masing2 sebab kitorang xberapa suka yang terlalu crowded..suka yang rilex2 je 😁.

Hah ok lah..sampai di sini sahaja..jumpa next entry. Mungkin akan update Pulau tioman yang kitorang gi dulu2 tu.hahaha.

Xoxo,

Riehanvogue















No comments:

Post a Comment