Wednesday, 16 March 2016

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI (COLMAR TROPICALE - BERJAYA HILLS)

Disebabkan aku dah terlalu lama nak pergi ke Bukit tinggi sebab pemandangannya yang cantik akhirnya trrcapai juga hajat nak ke sana.hehe

Aku pergi 2hari1malam je, korang kalau nak pergi balik hari pun tak ada masalah tapi kitorang memang saja nak tidur kat sini, saja tenanglan fikiran tempat orang..hehe..

Kitorang menginap di tempat yang famous dengan bangunan yang cantik ni iaitu Colmar Tropicale, memang cantik sangat ok banguan dia, macam ada kat oversea ok. Kat sini aktiviti memamg terbatas sedikit lah sebab tak ada apa yang korang boleh buat kat sini sebab tu kalau korang ada waktu lapang nak pergi sini balik hari untuk bergambar pun tak ada masalah.

so, jom tengok gambar-gambar kitorang masa ada kat sana..hhehe




Superior room



view dari atas










Japanese Village :)


itu je lah gambar-gambarnya..kalau ada pun tak yah lah tunjuk lagi, cukup lah ni ok.hehhe..

So, kesimpulannya untuk santai-santai untuk tenangkan fikiran elok lah gi sana.hehhe..kalau nak holiday lama-lama bawa family macam kurang seronok sedikit sebab kurang aktiviti, lagi 1 makanan sangat mahal..hhehe..semua tekak omputeh je kalau datang sini.hehe

Kat sini ada persembahan dari org negara China aku rasa, waktu persembahan banyak tapi kitorang tengok sekali je masa tengah hari tu. best juga tau persembahan dorang, nah aku tunjuk gambar, sebenarnya ada video persembahan tapi tak boleh nak upload pula..huhu










ok lah..heheh..daa


xoxo,
Riehanvogue





























Wednesday, 10 February 2016

1st Appointment dengan Dr Hamid Arshat

Hari ni syukur alhamdulillah dapat bertemu dengan Dr Hamid Arshat buat pertama kalinya.

Gerak dari Nilai pukul 8 pagi, takut jem nye pasal gerak lah awal...lupa pula budak sekolah cuti lagi lah..jalan sangat clear. Hehe..sampai2 sana dalam 9.15..tu pun bawa relax2 jer sebab tau Dr Hamid Arshat ade buat operation pagi tu. So sampai2 letak ic laki bini kat kaunter untuk daftar kali pertama. Pembantu klinik bagitau Dr Hamid belum start operation lagi maybe dalam pukul 10, 11 baru dapat jumpa. Hehe..Kitorang tak kisah sangat sebab perut lapar kitorang pun turun b'fast kat mamak bawah.

Lepas b'fast terus naik, selepas daftar dan dinterview oleh pembantu klinik tentang sejarah rawatan laki bini sebelum ni so duduk lah menunggu sementara nama dipanggil. Ada lah dalam 15-20 minit nama aku dipanggil, dalam hati dup dap dup dap nak jumpa Dr Hamid Arshat. Sebelum jumpa Dr Hamid aku kena buat Tvs dulu oleh nurse perempuan dan dipantau oleh Dr Hamid Arshat di screen bilik dia. Aku dengar je suara dia kat bilik sebelah sambil cakap dalam hati macam ada yang tak kena je..huhu

Lepas siap semua aku masuk bilik Dr Hamid Arshat..Dr cakap rahim aku ok, saiz ok, tak ada senget or terbalik ke apa cuma dinding rahim aku tebal Dr cakap. Aku tergamam dengar sebab macam tak tau kenapa jadi macam tu. Dan terus Dr Hamid minta buat D&C untuk clearkan. Aku pun cerita aku lewat 9 hari period dan buat upt negatif, dia cakap dia akan bagi ubat untuk turunkan period sebab memang negatif dr pregnant. Aku dalam hati dedau sebab dengar D&C dan ubat turunkan period..sebab aku just lewat dan semalam pun ada tanda coklat2 keluar..so aku bukan tak period cuma period aku tersekat.

Tp ayat tu aku just cakap dalam hati je.hehehe..lepas buat payment semua dalam hati nak kena tanya kawan-kawan yang buat rawatan dengan Dr Hamid Arshat pasal ubat turun darah (norculut). Sampai je rumah terus whatsapp kat group tanya patut tak makan ubat tu. Dorang kata tak payah sebab dah period then dorang cakap memang dinding rahim tebal sebab darah period tu tak turun lagi....hehehe.omg..moga kes aku ni tak serius..seram plak dengar. So aku pun buat keputusan tak makan ubat tu.huhu

Tapi pasal D&C tu aku rasa kalau Dr tetap suruh buat juga aku redha, sebab Dr kata pernah gugur better buat. Mintak2 lepas D&C aku akan lekat dan bersalin juga tahun ni.amin.


Xoxo,

Riehanvogue




Tuesday, 9 February 2016

Dr Hamid Arshat

Esok adalah 1st appointment aku untuk berjumpa Dr Hamid Arshat setelah 6 bulan buat appointment. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan suami esok.

Setelah 3 tahun 2 bulan berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat, telah berjumpa pakar dan pakar kata tiada masalah antara kami jadi kami tekad untuk berjumpa Dr Hamid Arshat.

Hati ini meronta-ronta inginkan zuriat sendiri, bila tengok ramai kawan2 yang berlumba-lumba menambah anak, hati kecil ini berkata-kata bila zuriat aku akan tiba. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu yang terlalu meminta-minta...

Masuk hari ini aku telah lewat 9 hari period, tapi tanda-tanda aku ingin period telah dapat aku rasakan..tapi aku pelik kenapa aku boleh delay selama ni, tapi bila buat test negatif..fikiran ku melayang, mengharapkan keajaibanmu Ya Allah.

Adakah sebab aku diet atkins period aku jadi tak menentu? Sebab dah 2 cycle period aku jadi 10 hari sejak aku diet. Masuk bulan ke 3 aku delay 9 hari..Hormon aku lari ke?

Apa2 pun esok adalah penentuan, jika ada rezeki insyallah esok Allah tunjukkan dan begitu juga sebaliknya. Dan aku berharap nasib menyebelahiku..amin


Xoxo,

Riehanvogue

Tuesday, 17 November 2015

KRONOLOGI PERJALANAN TTC

Semalam merupakan hari terindah saya(16/11/15), semalam genap 3 tahun saya kahwin..dan semalam juga saya buat HSG..alhamdulillah saya tidak block kiri dan kanan tiub fallopio, senak je rasa tak sakit langsung,memang seram juga bila fikirkan tapi nak anak punya pasal sanggup buat apa saja.

16/10/15 saya ada buat tvs (scan dari bawah).saya buat masa cd 12 ( hari ke 12 dari hari period)..alhamdulillah besar juga telur..doc kata telur besar, dan tiada cyst or fibroid..dan tidak pcos.

27/10/15 husband buat sperm test.alhamdulillah sperm normal..tiada masalah..

Di sini saya just nak cakap perancangan Allah itu hebat, kalau dia kata belum masanya, maknanya belum masanya lagi. Saya pernah pregnant tapi gugur masa 6w..saya pregnant pun selepas genap 2 tahun kawen..lepas tu saya fikir saya bleh pregnant balik sebab orang cakap kalau pernah lekat mesti cepat lekat balik tapi hampa saya tak pregnant juga even dah setahun gugur .

Itu yang saya decide nak pergi pakar..saya pergi klinik pakar wanita sukhilmi di senawang..dalam masa sebulan je trus saya dapat result yang Allah belum nak bagi saya rezeki..doc sendiri bagitau semua dah buat tiada masalah maknanya Allah belum nak bagi lagi..doc suggestkan saya usaha bulan ni, kalau tak pregnant juga next month dia suruh datang ambil ubat subur untuk banyakkn telur lagi dan akan monitor saya sahaja.dan kalau next month tak pregnant juga die suggest iui..saya ready je ape yang doc ckp..nak anak kita kena berkorban segala2nya..

Perancangan Allah paling hebat. insyaallah..semoga ada sinar kebahagian buat saya untuk dapat zuriat.amin


                                         
                                   Xoxo,
                              riehanvogue

Sunday, 1 November 2015

Big Spoon di Berjaya Times Square

Semalam berdating ke  Berjaya Times Square, dah plan dah sebenarnya nak pergi sana sebab nak makan kat Big Spoon. So kitorang terus book wayang kat sana terus layan movie Paranormal Activity, seram dan terkejut-kejut ok..cuma ending dia tak berapa best lah sebab semua mati.kiki..

Ok sambung cerita pasal Big Spoon, kedai dia kecil jer ..hehe..ada lah dalam 7 table so kalau nasib korang tak baik kena lah tunggu, masa kitorang datang tu dah rezeki kitorang ada 1 table yang kosong, sampai-sampai terus kitorang duduk lah kan.hehe.



Menu

Dumpling with special sauce memang sedap giler ok!



jemah tengah lorat nak ambil gambar.haha











harga yang sangat ok. Nora bagi 5 bintang.hehe



xoxo,

riehanvogue







Saturday, 17 October 2015

1st Appointment Dengan Doc Sukhilmi di Senawang

Lepas setahun aku gugur dan tak lekat balik aku tekad nak check kat hospital apa masalah yang aku hadapi.

Asalnya aku memang dah buat appointment dengan doc hamid arshat tapi turn aku bulan 2 tahun depan, so aku decide nak gi jumpe doc lain sebelum tarikh tu sampai, mudah-mudahan Allah permudahkan aku untuk merasa nikmat mengandung dan mempunyai zuriat sendiri secepat mungkin. Amin 

Aku pergi masa hari ke 12 dari mula period, nak check telur. Hehhe..sangat scary bila dengar nak buat tvs iaitu scan melalui bawah. 

Serius Doc Sukhilmi sangat baik oranganya, lembut dan sangat-sangat menyenangkan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku untuk buat tvs, tak sakit langsung.


Gambaran buat tvs


Scan melalui bawah ni lagi clear dari scan kat perut sbb scan ni kita boleh tahu apa yang xnormal pada rahim kita. Alhamdulillah doc kata aku subur, tak ada masalah, lega bila doc kata macam tu. 


Telur di ovari sebelah kiri (warna hitam adalah telur)

Alhamdulillah hasil dari tvs doc kata aku subur dan ada telur yang besar. So doc kata aku tak ada problem. Ovari belah kanan telur dia tak sebesar belah kiri, yes..masa aku pregnant dulu memang telur dari ovari kiri, so maybe telur belah kiri lebih aktif :)

So disebabkan aku tak ada problem doc minta husband untuk buat sperm test, doc kata kalau ok doc suggestkan kitorang buat IUI untuk cepatkan lagi urusan kitorang, kitorang laki bini ok je ;)

Doc pun ada kata lepas buat sperm test dan didapati ok doc akan buat Hsg untuk aku, Hsg ni untuk tengok tiub aku ada tersumbat ke tak, aku ok je sebab aku memang nak anak.

Aku memang suggestkan sesiapa nak buat checkup kat doc Sukhilmi, sebab dia sangat memahami, dia siap doakan aku supaya cepat pregnant so lepas ni tak yah dah buat apa-apa rawatan. Terharu sangat bila dia cakap macam tu, dan aku apa lagi, terus aminkan.hehe..Rawatan kat sini pun sangat berbaloo sebab caj yang dikenakan sangat-sangat murah. 

Alhamdulillah, semoga aku dikurniakan zuriat secepat mungkin.amin


Xoxo,
Riehanvogue




Tuesday, 6 October 2015

Resepi Daging Kambing Panggang

Kitorang laki bini memang minat sangat  makan western food ni, Tapi, bukan lah bermaksud tak suka makan masakan kampung..Hey!! makanan kampung pun favourite kitorang tau, nak-nak bila ada ulam-ulaman kan boleh bertambah 2,3 kali ok.


Selalu makan lamb chop kat luar mesti tak bape puas kan. So mari sini kita nak ajar cara perap daging kambing yang paling simple. Yang pasti sedap ok.hehe.


Bahan-bahan :

6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu
sedikit serbuk blackpepper
sedikit olive oil
garam secukup rasa

Cara-caranya :

-Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk blackpepper, olive oil dan garam. Gaul rata kesemua bahan.

-Sapukan bahan perapan pada daging kambing

-Perap daging selama 2 jam @ semalaman

-Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah celsius selama 20-30 minit @ sehingga masak

-Jika menggunakan pemanggan ajaib @ seangkatannya, masa diambil hanya 10-15 minit.


Yang penting bila masak sendiri, puas makan dan sehingga menjilat jari.hehehe



Selepas dibiarkan semalaman





Semasa dipanggang




Semasa dipanggang, hampir masak





Siap dihidang :)





xoxo,
riehanvogue